Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

2 beranak maut kemalangan di Terowong Menora


IPOH 4 Okt. - Seorang wanita dan anak perempuannya maut apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah treler dan lima buah kereta di Kilometer 256.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora di sini hari ini.
Dalam nahas pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 50-an dan 20-an itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Kemalangan itu turut menyebabkan tiga lagi anak mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Lenggong.
Katanya, pemandu treler berusia 40-an kini ditahan bagi membantu siasatan.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141004/je_10/2-beranak-maut-kemalangan-di-Terowong-Menora#ixzz3FBu40ADg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment