Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

16 orang masih hilang di Gunung Ontake


TOKYO 4 Okt - Kira-kira 16 orang masih hilang ekoran kejadian letusan gunung berapi, yang setakat ini mengakibatkan 47 orang maut.
Pegawai dari wilayah Nagano, iaitu lokasi Gunung Ontake yang meletus itu, mengesahkan bahawa terdapat seramai 16 orang dipercayai mendaki gunung itu Sabtu lalu ketika ia meletus.
Seorang pegawai pengurusan bencana berkata, atas permintaan keluarga, pihak pengurusan memutuskan untuk tidak mendedahkan identiti mangsa yang hilang dan dipercayai berada di puncak gunung berapi tersebut.
Televisyen NHK berkata, pasukan penyelamat tidak menolak kemungkinan lebih ramai mangsa terlibat ekoran laporan individu yang hilang dan jumlah kereta yang tidak dituntut di tempat letak kereta di kaki gunung terkenal yang sebagai lokasi pendakian di Jepun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141004/lu_02/16-orang-masih-hilang-di-Gunung-Ontake#ixzz3F7TwG4Qt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment