Search This Blog

Friday, October 24, 2014

11 mangsa bot karam di Terengganu adalah mangsa rompakan kapal

JUMAAT, 24 OKTOBER 2014 @ 8:28 AM

 
KUALA TERENGGANU: Sebelas warga Indonesia yang dilaporkan menjadi mangsa bot karam dan ditemui terapung kira-kira 30 batu nautika dari pesisir Pantai Chendering, malam tadi, sebenarnya adalah mangsa rompakan kapal tangki.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika dihubungi berkata, semua mangsa mengakui mereka menjadi mangsa rompakan kapal tangki di Laut Sumatera.

"Siasatan awal mendapati, semua mangsa diikat dan ditempatkan di atas sebuah rakit keselamatan dan dihanyutkan ke laut.

"Mangsa ditemui oleh dua bot nelayan tempatan yang dalam perjalanan pulang ke darat selepas menangkap ikan," katanya.


Jurucakap itu berkata, mangsa dipercayai hanyut selama 25 jam sebelum ditemui.

BH melaporkan, 11 warga Indonesia ditemui selamat apabila terapung kira-kira 30 batu nautika dari pesisir Pantai Chendering, dipercayai selepas bot dinaiki mereka karam.

No comments:

Post a Comment