Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

1 maut, 1 parah nahas di Kalabakan

KHAMIS, 2 OKTOBER 2014 @ 12:09 PM

 
TAWAU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di kilometer 41.6, Jalan Kalabakan-Sapulut, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah, berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Kechi Awang, 59, beralamat di Tanjung Batu Laut, manakala yang cedera parah di kepala dan bahagian badan dikenali sebagai Julito Kota, 37.

"Kemalangan dipercayai berlaku sekitar 2.30 petang. Julito yang memandu kenderaan itu dan Kechi, dalam perjalanan ke arah Pekan Kalabakan dari tempat kerja mereka di Sapulut ketika kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Julito, seorang rakyat Indonesia, dihantar ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.



Awang Besar berkata, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal kenderaan dinaiki mereka lalu terbabas ke bahu kiri jalan.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil membantu siasatan.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment