Search This Blog

Monday, October 20, 2014

1 daripada 100 hidap skizofrenia


SKIZOFRENIA merupakan sejenis penyakit mental teruk yang boleh membahayakan nyawa pesakit dan orang sekeliling jika tidak dirawat. – Gambar hiasan


SEBERANG PERAI – Kementerian Kesihatan mendedahkan seorang daripada 100 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia yang merupakan salah satu kategori penyakit mental teruk.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, situasi itu begitu membimbangkan memandangkan ramai pesakit dan masyarakat sekeliling tidak memandang serius masalah tersebut.
“Stigma masyarakat yang menjauhkan diri daripada pesakit skizofrenia masih menebal di negara ini. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana pesakit memerlukan sokongan daripada masyarakat dan keluarga.
“Hal itu menjadi punca mengapa pesakit tidak mendapatkan rawatan atau tidak mengambil ubat yang diberikan yang akhirnya menyebabkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3Gf6AgZYJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment