Search This Blog

Wednesday, September 17, 2014

Wanita mati selepas terjun dalam kolam buaya


BANGKOK 16 Sept - Seorang wanita yang berusia 65 tahun, mati selepas bertindak terjun ke dalam sebuah kolam yang penuh dengan buaya di sebuah taman haiwan di pinggir ibu kota Bangkok semalam, lapor AFP.
Menurut polis, kejadian itu berlaku sejurus selepas taman itu dibuka kepada orang ramai pada hari Jumaat lalu di Taman Haiwan Samut Prakan yang mana wanita terbabit dikatakan terjun dari satu ruang rehat yang mempunyai laluan di bahagian tengah kolam terbabit yang mempunyai ratusan ekor buaya dewasa.
Menurut saudara wanita terbabit, dia sedang mengalami tekanan dan kemurungan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140916/lu_09/Wanita-mati-selepas-terjun-dalam-kolam-buaya#ixzz3DWQTZtDK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment