Search This Blog

Thursday, September 25, 2014

Wanita di tuduh bunuh bayi, simpan dalam peti sejuk


MADRID 25 Sept. - Sebuah mahkamah di bandar Seville di sini, menjatuhkan hukuman penjara selama 35 tahun terhadap seorang wanita kerana membunuh bayi yang baharu dilahirkan dan menyimpan mayat tersebut di dalam peti sejuk.
Wanita tersebut Sara Lopez Hernandez, 37, bagaimanapun menafikan tuduhan membunuh bayi tersebut tetapi mengaku menjadikan bayi tersebut sebagai objek pemujaan, kata peguamnya, Manuel Caballero.
Hernandez dihadapkan ke mahkamah selepas suaminya mendapati terdapat seorang bayi dalam peti sejuk di rumahnya berhampiran Seville pada tahun 2012, dan bedah siasat yang dijalankan mendapati bayi itu meninggal dunia akibat lemas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140925/lu_02/Wanita-di-tuduh-bunuh-bayi-simpan-dalam-peti-sejuk#ixzz3EGk4zWcu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment