Kereta mangsa dibawa naik menggunakan trak tunda.
Kereta mangsa dibawa naik menggunakan trak tunda.
KUALA KURAU - Tiga beranak yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah nyaris lemas apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan lain sebelum terhumban ke dalam tali air di Batu 7, di sini petang kelmarin.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan orang ramai sebelum kereta dinaiki tenggelam ke dalam air.

Saksi kejadian, Fahmi Faiz,30, berkata, dalam kejadian jam 3.40 petang itu, dia bersama beberapa rakan sedang minum petang di sebuah kedai yang terletak 20 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya, mereka tiba-tiba terdengar bunyi geseran tayar kenderaan dan melihat sebuah kereta jenis Toyota Camry bertembung Toyota Corolla sebelum terjunam ke dalam tali air.

“Kami segera ke lokasi kejadian dan salah seorang rakan saya terjun ke dalam tali air itu untuk menyelamatkan ketiga-tiga mangsa sebelum kenderaan berkenaan tenggelam,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian di sini, kelmarin.

Kamal berkata, tindakan berani beberapa orang awam berjaya menyelamatkan nyawa tiga beranak berkenaan daripada tenggelam bersama Toyota Camry.

Jelasnya, manakala sebuah lagi kereta remuk setelah terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik berhampiran lokasi kejadian.

“Pemandu kereta Toyota Corolla itu mengalami cedera ringan, kesemua mangsa dihantar ke klinik kesihatan berhampiran,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superitendan Mohd Redzuan Bachik ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.