Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

Tanam bayi: Polis rekod keterangan ibu mangsa


11 September 2014

KULIM - Polis telah merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mayatnya ditemui ditanam dalam kawasan semak di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, Sungai Petani semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata wanita yang berusia 36 tahun itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim dan Kuala Muda.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan dari segenap aspek termasuk kemungkinan wanita berkenaan bersubahat dengan teman lelakinya yang dipercayai telah membunuh mangsa.

"Wanita berkenaan pada mulanya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Karangan berhubung kehilangan anaknya pada 11 Ogos. Namun dia mahu menarik balik laporan itu pada 5 September.

"Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, kita kemudian menjalankan siasatan terhadap teman lelakinya sehingga membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak itu di Bukit Selambau," katanya ketika dihubungi.  

Kanak-kanak tersebut dilapor hilang oleh ibunya dari rumah mereka di Sungai Karangan sejak sebulan lalu.

Misteri kehilangannya akhirnya terjawab apabila polis menemui mayatnya selepas teman lelaki ibunya yang berusia 42 tahun ditahan.

Hasil soal siasat mendapati mangsa dikatakan mati akibat dicekik oleh lelaki berkenaan dan bertindak menanam mayatnya untuk menghapuskan bukti kes.

Abdullah berkata polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa. - Bernama

No comments:

Post a Comment