Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Tak mengaku terima suapan


Kuala Lumpur: 14 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) termasuk seorang pengarah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan Mahkamah Khas Rasuah, Shah Alam atas pertuduhan menerima suapan.
Daripada 14 pegawai kastam yang dituduh enam orang yang dihadapkan di Mahkamah Khas Rasuah, Shah Alam, mengaku tidak bersalah terhadap 21 pertuduhan menerima suapan wang tunai sebanyak RM39,200. 
Enam pegawai yang dituduh di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad iaitu Datuk Mohd Isa Endot, 55, Wan Azman Wan Ali, 47, Shamsul Anwar Mohd Radzi, 32, Mohamad Helmi Burhanudin, 37, dan Mohamad Fauzi Kamsar, 33. 

Mengikut pertuduhan, semua kesalahan dilakukan antara Februari hingga Ogos lalu dengan nilai suapan dari RM2,000 hingga RM14,000 untuk tujuan wang perlindungan.
Foto
ANTARA kastam yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah tiba di Mahkamah Jalan Duta. FOTO Khairull Azry Bidin

Hakim kemudian memutuskan kesemua tertuduh diikat jamin dengan nilai jaminan dari RM8,000 hingga RM25,000.

Manakala lapan lagi pegawai JKDM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas 25 pertuduhan menerima suapan antara RM300 hingga RM1,000 berhubung penyeludupan keluar arak yang tidak dibayar cukai eksais. 

Mereka adalah Mahadir Mohamad, 37; Kamarul Asmady Ismail, 37; Mohd Rozlan Ibrahim, 57; Som Chit Tiang, 48; Sahbandi Abdul Manap @ Asly, 36; Jamaludin Zam Zam, 54, yang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin. 

Manakala Amran Ismail, 35, dan Abdul Rahman Ahmad, 35, mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Allaudeen Ismail. 

Mereka masing-masing dibenarkan ikat jamin antara RM25,000 hingga RM5,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/29

No comments:

Post a Comment