Search This Blog

Sunday, September 14, 2014

Taiwan beku aset sindiket dadah Mexico


LOS ANGELES 13 Sept. - Taiwan bersetuju untuk membekukan akaun bank mengandungi wang berjumlah AS$15.6 juta (RM49.88 juta), dipercayai hasil urus niaga penyeludupan dadah dari Mexico.
Agensi Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan kali pertama Taiwan membantu dalam penyitaan aset penting sebagai sebahagian daripada usaha penyiasatan yang dijalankan.
"Kes ini jelas menunjukkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri akan mengekori setiap jejak jenayah tanpa mengira di mana perkara tersebut berlaku.
"Dengan bantuan rakan pasukan penyelamat dari Taiwan, kami bukan sahaja berjaya merampas profil penjenayah, malah berjaya mengganggu aktiviti mereka," jelas agensi berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140914/lu_06/Taiwan-beku-aset-sindiket-dadah-Mexico#ixzz3DG3hbofs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment