Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Shalwati dibebaskan dari penjara


KOTA BHARU – Selepas merengkok lebih enam bulan di penjara di Sweden atas kesalahan merotan anaknya, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, Shalwati Norshal, 46, akhirnya dibebaskan pada pukul 3.35 petang semalam (waktu Malaysia).
Adik Shalwati, Shaleena memberitahu, kakaknya yang dibebaskan lebih awal berbanding tempoh hukuman 14 bulan telah dijemput oleh beberapa pegawai kedutaan Malaysia di negara berkenaan dan beberapa orang ahli keluarganya.
“Dia dijadualkan akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini bersama suami (Azizul Raheem Awaluddin) pada pukul 7.30 malam Rabu ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, empat orang anak Shalwati, Aisyah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8, nyata teruja apabila masing-masing berpeluang melepaskan rindu dengan ibu mereka yang terpisah sejak sembilan bulan lalu melalui panggilan video malam tadi.
Dalam perbualan selama 10 minit itu, Shalwati dengan nada sebak kegembiraan turut mengucapkan rindu kepada anak-anaknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3EkEETR00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment