Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Sepasang suami isteri tempuh detik cemas pokok hempap kereta

ISNIN, 29 SEPTEMBER 2014 @ 8:40 PM

 
SHAH ALAM: Sepasang suami isteri menempuh detik cemas apabila sebatang pokok menghempap kereta yang dinaiki akibat ribut kencang yang melanda kawasan sekitar Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata dalam kejadian pada kira-kira 2.25 petang itu beberapa pokok turut tumbang dan menghalang lalu lintas di enam lokasi berbeza di sekitar Persiaran Tebar Layar.

"Satu daripada enam insiden itu membabitkan sebuah kereta jenis Wira yang dihempap oleh pokok dan terdapat dua orang mangsa di dalam kereta berkenaan.

"Mangsa selamat dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di tempat kejadian. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.



Mohd Sani berkata, sebanyak 21 kenderaan dan beberapa premis perniagaan serta kediaman dilapor mengalami kerosakan akibat dihempap pokok di Bukit Jelutong dan Persiaran Tebar layar.

No comments:

Post a Comment