Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Sembunyi dadah dalam laci


Dalam pemeriksaan jam 1.30 petang, kedua-dua suspek berusia 19 dan 54 tahun itu ditahan apabila pemeriksaan di rumah mereka menemui 140 paket kecil plastik lutsinar berisi heroin. 
Sumber berkata, ketika serbuan, kedua-dua suspek berada di rumah dan pemeriksaan dilakukan di bilik tidur menemui dua bungkus plastik lutsinar di dalam laci katil bilik berkenaan.

“Bungkusan pertama mengandungi 100 paket plastik lutsinar dan bungkusan kedua pula 40 plastik lutsinar.
Foto
ANTARA heroin yang ditemui dalam rumah suspek.

“Kedua-dua suspek kemudiannya ditahan dan ujian saringan air kencing dijalankan mendapati kedua-duanya negatif dadah. Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui kegunaan heroin terbabit sama ada untuk dijual atau sebaliknya,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

No comments:

Post a Comment