Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Sekurang-kurangnya empat kes godam mesin ATM di Selangor hari ini



ANGGOTA forensik membuat pemeriksaan di lokasi kejadian berikutan kes godam mesin ATM yang dilaporkan berlaku di Selangor, hari ini. - Foto Ghazali Kori
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya empat kes godam mesin ATM dilaporkan berlaku di Selangor, hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat ketika dihubungi mengesahkan empat ATM milik sebuah bank antarabangsa itu masing-masing di Kota Damansara, Kelana Jaya, Shah Alam dan Serdang.
"Jumlah keseluruhan belum dapat dipastikan lagi.
"Difahamkan terdapat beberapa lagi bank turut digodam, bagaimanapun kita masih menunggu laporan selanjutnya," katanya.
Difahamkan jumlah wang yang lesap daripada empat mesin ATM itu ialah kira-kira RM500,000.

No comments:

Post a Comment