Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Saat cemas 3 kru


Sibu: Seorang juruterbang dan dua kru penerbangan terselamat apabila pesawat ringan digunakan untuk latihan penerbangan tergelincir ketika melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sibu, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, pesawat jenis Beechcraft 90 King Air yang dipercayai didaftarkan di Singapura, terbabas ke kawasan rumput di tepi landasan ketika mendarat cemas. 
Menurut sumber, pesawat ringan dua enjin yang mempunyai tujuh tempat duduk itu dalam perjalanan dari Kuching ke Bintulu dan dipercayai mempunyai masalah teknikal sebelum memohon untuk melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sibu. 

Bagaimanapun, katanya, ketika mendarat, pesawat berkenaan terbabas sehingga menyebabkan tayar terbenam dalam rumput.
Foto
KAKITANGAN MAB mengawasi pesawat tergelincir ketika mendarat cemas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

No comments:

Post a Comment