Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

RM520,000 lebur


Melaka: Penjenayah yang memecah masuk dua premis perniagaan di lot kedai di Jalan Bendahara, pagi semalam, dipercayai melarikan wang tunai lebih RM520,000 yang disimpan di dalam peti besi.
Dalam kejadian antara jam 5 hingga 6 pagi itu, penjenayah dipercayai memasuki dua premis masing-masing menjalankan perniagaan pengurup wang berlesen dan nombor ekor di situ dengan memecahkan pintu jeriji besi di bahagian belakang bangunan.
Menurut sumber, penjenayah dipercayai memecahkan peti besi di dua premis itu dan melarikan wang tunai masing-masing RM20,000 dan RM500,000.
“Penjenayah menggunakan laluan di belakang premis yang dipenuhi semak-samun dengan memotong pagar dawai dan memecah pintu jeriji besi.
“Mereka menggunakan alat pemotong besi untuk memecahkan peti besi itu sebelum melarikan wang tunai,” katanya, semalam.
Kejadian disedari pekerja premis nombor ekor yang tiba kira-kira jam 8.30 pagi untuk memulakan perniagaan selepas mendapati pintu belakang kedai dipecahkan.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 11.30 pagi.
“Laporan dibuat pemilik premis nombor ekor berusia 68 tahun dan siasatan awal mendapati ia dipercayai dilakukan lebih daripada seorang penjenayah.
“Satu laporan juga diterima membabitkan kes sama di premis pengurup wang berlesen yang terletak bersebelahan,” katanya, semalam.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah masuk premis.
Foto
ANGGOTA forensik membawa barang kes.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

No comments:

Post a Comment