Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Polis serbu lima pusat judi haram di Melaka


Melaka: Tujuh penjaga premis judi haram termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan serentak di lima premis sekitar Melaka Tengah, di sini, semalam.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Asisten Superintendan Azahar Abdul Rahim berkata kesemua mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan ketika serbuan lima pasukan polis dari Bukit Aman dan IPK Melaka, pada 7 malam.


"Polis turut merampas 106 set peralatan komputer dan wang tunai keseluruhan berjumlah RM2,073," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, ketika serbuan itu, kesemua premis terbabit tidak mempunyai pelanggan.


Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi membantu siasatan, katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

No comments:

Post a Comment