Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Pesawat pasangan Glazer terhempas di Jamaica



ANGGOTA Polis Marin Jamaica kembali ke pelabuhan selepas mencari di kawasan perairan di mana pesawat pasangan pemaju hartanah terkemuka, Larry Glazer dan isteri, Jane Glazer, dipercayai terhempas. - Foto Reuters
KINGSTON, Jamaica: Sebuah pesawat kecil membawa pemaju hartanah terkemuka, Larry Glazer dan isteri, Jane Glazer, terhempas kira-kira 22 kilometer ke timur laut bandar Pelabuhan Antonio di Pantai Atlantik pagi ini.
Pesawat enjin tunggal turboprop Socata TBM700 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Greater Rochester di New York menuju ke Naples, Florida.
Pesawat itu yang terbang sejauh kira-kira 2,700km tanpa dikawal sebelum terhempas, diiring dua pesawat F-15 Tentera Udara Amerika Syarikat sehingga melepasi sempadan negara itu. Juruterbang dilihat tidak sedarkan diri manakala cermin tingkap pesawat berkabus.
Anak pemaju hartanah itu, Rick Glazer, berkata ibu bapanya adalah juruterbang berlesen. Beliau tidak dapat mengesahkan sama ada mereka terkorban dalam kejadian itu.
Mejar Basil Jarrett daripada Pasukan Pertahanan Jamaica berkata, pihak tentera menghantar dua pesawat dan sepasukan penyelam ke kawasan kejadian.
"Kesan minyak yang menandakan pesawat terbabit mungkin sudah tenggelam dilihat di tempat di mana kami menjangka ia terhempas," kata Jarrett pada sidang media di Kingston.
Katanya, tiada kesan serpihan dijumpai tetapi pasukan mencari dan menyelamat sedang melakukan pencarian di dalam air sekiranya masih ada mangsa yang terselamat. - AP

No comments:

Post a Comment