Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Penyokong bola sepak Greece maut diserang

ATHENS: Seorang penyokong bola sepak kelab Greece, Ethnikos yang parah selepas serangan ganas penonton pada aksi divisyen tiga negara itu, 15 September lalu meninggal dunia di Hospital Athens, semalam.
Kostas Katsoulis, 46, diserang bersama beberapa penyokong lain oleh kira-kira 30 penyokong kelab Irodotos dalam perlawanan yang berlangsung di Heraklion, Crete.
Polis sudah menahan tiga suspek yang dikatakan terbabit dalam serangan itu.
"Seorang lelaki hari ini maut selepas dua minggu bertarung nyawa hanya untuk menyaksikan perlawanan pasukan disokongnya," kata Timbalan Menteri Sukan dan Budaya Greece, Giannis Andrianos dalam satu kenyataan.
"Kematiannya sepatutnya menjadi yang terakhir dalam siri keganasan tidak sepatutnya dalam acara sukan di sini," katanya.
Insiden itu menyaksikan tiada perlawanan sukan profesional akan dilangsungkan di Greece sepanjang minggu ini.
Keputusan itu menyaksikan semua perlawanan Liga Super Greece termasuk perlawanan tetangga pendahulu liga, PAOK dan Olympiako selain dua perlawanan Piala Bola Keranjang, perlawanan divisyen tiga bola sepak Greece, perlawanan bola baling dan keranjang wanita dibatalkan. - AFP

No comments:

Post a Comment