Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Penuntut terbabit nahas di Mesir masih koma


Kuala Lumpur: Seorang penuntut Fakulti Perubatan Universiti Zagazig, Mesir yang cedera parah selepas tayar teksi dinaiki bersama tiga rakan lain meletup dilaporkan masih belum sedarkan diri.
Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari ketika dihubungi Metro Ahad berkata, Muhammad Syafiq Abdullah Hashim yang mengalami pendarahan dalam otak dan retak tulang belakang itu belum sedarkan diri. 
Katanya, waris pelajar berkenaan juga selamat tiba di Mesir, jam 11.45 pagi waktu tempatan semalam. 

“Muhammad Syafiq masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta bernafas menggunakan alat bantuan.
Foto
Muhammad Syafiq dilawat ahli keluarganya di wad Hospital Universiti Zagazig.

“Saya melawatnya dan berjumpa dengan doktor yang merawatnya. Semua pihak termasuk pihak universiti dan hospital memberi perhatian penuh kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata, Muhammad Miftahuddin Sufiyan yang mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan keluar wad kelmarin dan hanya mengalami kesan trauma akibat kejadian itu manakala Muhammad Aizuddin Abdul Razak dan Shukri Muslim Maulana Mahamad Anuar dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, Muhammad Syafiq cedera parah manakala tiga rakannya cedera ringan dan ditahan di wad Hospital Universiti Zagazig selepas tayar teksi dinaiki mereka meletup dan terbabas di Jalan Bilbis, Kaherah.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

No comments:

Post a Comment