Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

Penjual ikan maut


WARTAWAN SINAR HARIAN
9 September 2014
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) setelah ditemui di dalam sungai oleh bomba.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) setelah ditemui di dalam sungai oleh bomba. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) setelah ditemui di dalam sungai oleh bomba.



ARAU - Seorang penjual ikan maut apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam Sungai Paloh berhampiran susur keluar Arau, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, mangsa Chong Lih Sheng, 29, dari Taman Sentosa, Kuala Perlis dipercayai tercampak keluar dari kereta selepas kereta Perodua Kancil yang dipandu rakannya terbabas di Jalan Changlun-Kuala Perlis sebelum terjunam ke dalam sungai tersebut.

Ketua Polis Daerah Arau, Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, siasatan awal mendapati kereta terbabit hilang kawalan akibat jalan licin berikutan hujan lebat dan jalan yang gelap.

Katanya, mangsa ditemui di dalam sungai anggota bomba yang melakukan tugasan menyelamat.

“Mangsa yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian manakala rakannya (pemandu) Chen Yong Ling, 27, cedera ringan,” katanya.

Ku Yaacob berkata, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Pegawai Penyiasat Inspektor, Mohd Rizal Emran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Arau, Penolong Penguasa Mohd Kifli Hamid berkata, pihaknya telah menerima panggilan kejadian tersebut pada pukul 4.03 pagi dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta terbabit telah berada di tebing sungai manakala mangsa ditemui pada pukul 4.50 pagi kira-kira 20 meter dari kawasan kereta dijumpai.

“Mangsa telah dihanyutkan arus sungai yang perlahan dengan kedalaman hampir dua meter dan kami menganggarkan ketinggian kereta terjunam lebih kurang empat meter dari jalan berkenaan ke dalam sungai,” katanya.

No comments:

Post a Comment