Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Pengurus syarikat kereta terpakai nyaris maut ditembak


KUALA LUMPUR 30 Sept.- Seorang pengurus syarikat kereta terpakai nyaris maut selepas ditembak dua daripada tiga lelaki tidak dikenali di pejabatnya di Jalan Cheras berhampiran Taman Midah, dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.42 petang itu, mangsa cedera di pipi kanan akibat terkena dua das tembakan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, ketika kejadian, mangsa yang berada di dalam pejabat bersama bapanya didatangi tiga suspek yang tiba-tiba menyerbu masuk.
“Mangsa cuba menutup pintu pejabatnya untuk menghalang suspek masuk. Keadaan itu menyebabkan dua daripada mereka melepaskan tembakan lalu mengenai pipi kanan mangsa.
“Mereka kemudian melarikan diri dengan sebuah lagi kereta jenis Nissan Sylphy yang dipandu seorang lelaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi mendapatkan rawatan.
Ujar beliau, pihaknya sedang mengesan suspek dan menyiasat motif kejadian serta tidak menolak kemungkinan kes itu mempunyai kaitan dengan kegiatan kongsi gelap.
“Kita menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 (a) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," ujarnya.
- UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140930/je_07/Pengurus-syarikat-kereta-terpakai-nyaris-maut-ditembak#ixzz3Ek4vXXjj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment