Search This Blog

Sunday, September 14, 2014

Penarik kereta ditahan reman


Alor Gajah: Seorang penarik kereta yang disyaki suspek utama kes tikam siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, pagi Selasa lalu, diberkas polis di tempat persembunyiannya di Cheng, dekat sini, malam kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, lelaki berusia awal 30-an itu ditahan di sebuah rumah di taman perumahan itu jam 10.30 malam.
“Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah ke lokasi persembunyian suspek dan memberkasnya untuk membantu siasatan.

“Dengan tertangkapnya lelaki terbabit, polis percaya kes tikam pelajar UiTM itu berjaya diselesaikan,” katanya, semalam.
Foto
ANGGOTA polis (kiri) mengiringi suspek utama (dua dari kiri) bersama rakannya ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, pagi semalam.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal polis, suspek mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa sudah membuang senjata, barangan dilarikan dan baju yang dipakai ketika kejadian itu ke dalam sungai.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

No comments:

Post a Comment