Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Penagih bunuh keluarga sebelum bakar dalam lori


Bangkok: Polis menangkap seorang lelaki yang memiliki sejarah penyalahgunaan dadah selepas dia disyaki menikam mati isteri dan anak perempuannya.

Rames Rattana kemudian meletakkan mayat berkenaan dalam lori pikapnya sebelum dibakar. Kejadian berlaku di Jalan Samut Sakhon malam Jumaat minggu lalu.


Sumber berkata, operasi bersama membabitkan polis dari daerah Chumphon dan Samut Sakhon bekerjasama menangkap Rames, 37, pada Sabtu lalu.

“Suspek ditangkap selepas orang awam melaporkan melihat Rames dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta di persimpangan utama di Chumphon,” katanya, semalam.


Tidak dapat dipastikan sama ada Rames sudah didakwa di mahkamah atau belum.


Sementara itu jurucakap polis berkata, Rames dipercayai mengalami tekanan perasaan dan pernah menjadi penagih dadah sebelum menjalani rawatan pemulihan dua tahun lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

No comments:

Post a Comment