Search This Blog

Saturday, September 6, 2014

Pemain digantung 70 perlawanan hantuk muka pengadil

VIENNA: Gara-gara menghantuk muka pengadil, seorang pemain bola sepak Austria menerima padah apabila digantung dengan rekod 70 perlawanan ketika perlawanan Divisyen 5, di sini, semalam.
Persekutuan Bola Sepak Tyrol yang mengesahkan perkembangan itu semalam berkata, pemain berkenaan, Ismail Gunduz adalah dari pasukan SK Rum, Ismail Gunduz.
"Penggantungan 70 perlawanan dibuat tanpa pengetahuan kami. Tetapi perbuatan yang sudah dilakukan itu setimpal dengan kesalahan dilakukan," kata jurucakap badan itu, Horst Scherl.
Insiden pada Sabtu lalu membabitkan perlawanan antara SK Rum dan SPG Innsbruck West di bandar Tyrol, di kawasan barat Austria.
Gunduz dikatakan menghantuk muka pengadil apabila dia mahu diberi kad kuning kedua selepas minit ke-86, ketika pasukannya ketinggalan 2-3.
Pengadil itu dimasukkan ke hospital dengan mulut tercedera dan perlawanan itu terpaksa ditangguhkan.
Pemain berumur 26 tahun itu turut digantung kelabnya dan dikenakan denda RM1,059 (257 Euro). - AFP

No comments:

Post a Comment