Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Nyaris maut kena tetak


Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Bangladesh nyaris maut selepas ditetak di kepala dan leher dalam kejadian di Taman Metropolitan Batu, Kepong, semalam.
Dalam kejadian jam 7.25 pagi itu, mangsa berusia 30-an dipercayai ditetak dengan parang oleh beberapa lelaki sebelum ditemui orang awam yang berjoging di kawasan taman berkenaan. 
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah. 

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipukul terlebih dulu sebelum ditetak menggunakan senjata tajam di beberapa anggota badannya.
Foto
PASUKAN penyelamat membawa mangsa ke hospital berdekatan.

“Mangsa yang cedera parah di leher, kepala, kaki dan tangan kiri dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan kecemasan.

“Kami belum memperoleh sebarang maklumat daripada mangsa sehingga kini dan siasatan awal di lokasi kejadian juga gagal menemui senjata yang digunakan untuk menetak mangsa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. 

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

No comments:

Post a Comment