Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Muka bengkak ditumbuk suami


Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Klang: Gara-gara menghalang suaminya keluar kerana mahu menyelesaikan masalah rumah tangga, seorang wanita terpaksa menahan kesakitan apabila ditumbuk lelaki itu, dalam kejadian 25 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 30-an itu bengkak muka ditumbuk suaminya yang berang selepas hasratnya untuk keluar dari rumah dihalang.


Sumber berkata, sebelum kejadian, pasangan terbabit mengalami masalah rumah tangga, namun suami berusia 40-an membuat keputusan keluar daripada rumah mereka dengan membawa bersama beberapa barangan peribadi.

Menurutnya, mangsa menyatakan kepada suaminya agar mereka bersama-sama merujuk masalah rumah tangga kepada pejabat agama Islam daerah untuk penyelesaian.


“Selepas hasratnya untuk keluar daripada rumah dihalang mangsa, suspek yang berang terus melepaskan tumbukan ke muka isterinya menyebabkan muka mangsa bengkak,” katanya.


Katanya, mangsa juga dikurung di dalam bilik sebelum meminta bantuan daripada jiran untuk diselamatkan.

Sumber itu berkata, selepas kejadian, suaminya keluar daripada rumah sebelum mangsa dengan bantuan jiran merujuk kejadian kepada pejabat agama Islam daerah.

“Sebaik merujuk kes di pejabat agama Islam, mangsa dinasihatkan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Klang untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

No comments:

Post a Comment