Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Maut dirempuh Perodua Myvi


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri tidak dapat menerima hakikat apabila menemui anak mereka terbujur kaku di atas jalan raya selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Tiga, Jalan Chan Sow Lin di sini malam kelmarin.
Dalam suasana pilu itu, pasangan terbabit yang menangis sayu dilihat terus menekan-nekan dada mangsa dengan harapan anaknya dapat diselamatkan.
Bagaimanapun, Yuen Wai Win, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S. Markandan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang sepatutnya berhenti di persimpangan jalan merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah Jalan Loke Yew menghala ke Jalan Salak.
"Pemandu kereta itu sepatutnya berhenti di persimpangan jalan, tetapi dia tidak berhenti lalu merempuh motosikal pemuda itu yang sedang menghala ke Jalan Salak," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3EkDsLQpy 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment