Search This Blog

Saturday, September 6, 2014

Lima minit rompak guna M16


Dalam kejadian jam 11.35 pagi semalam, suspek yang menaiki tiga motosikal merompak premis berkenaan yang terletak di Pasaraya Giant, Subang Jaya di sini. 
Sumber polis berkata, tiga daripada kumpulan penjenayah berkenaan bertindak meluru masuk ke dalam kedai emas manakala tiga lagi rakan mereka menunggu dengan motosikal di luar pasaraya. 

“Difahamkan kedai emas berkenaan baru memulakan operasi manakala tiga pekerjanya sedang menyusun atur barang kemas di meja pameran.
Foto
VIDEO rakaman kamera litar tertutup menunjukkan enam suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal.

“Suspek kemudian mengugut dengan mengacukan senjata api itu kepada pekerja kedai emas. Mereka kemudian memaksa mangsa menyerahkan barang kemas dari dalam meja pameran,” katanya.

Katanya, penjenayah tidak mengambil semua barang kemas sebaliknya melarikan diri sejurus memperolehi sebahagian kecil daripada barang kemas itu. 

“Tiga perompak itu kemudian melarikan diri bersama tiga rakan lain menaiki motosikal. Kejadian rompakan itu berlaku kurang dari lima minit. 

“Penjenayah berjaya melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000 sahaja,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

No comments:

Post a Comment