Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Lima diberkas kerana syabu


Padang Besar: Polis memberkas lima lelaki berikutan penemuan 45 kilogram ganja dan 6,000 pil kuda dalam kereta di Wang Kelian, dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Dros berkata, pemilik kereta itu diberkas di Pulau Pinang dan empat lagi di Wang Kelian serta di sini antara 30 Ogos hingga 3 September lalu.


Beliau berkata, semua dadah itu bernilai kira-kira RM390,000.

"Semua suspek yang bekerja sendiri itu kini direman tujuh hari sehingga 10 September," katanya pada majlis serah tugas antara beliau dengan timbalannya, Deputi Superintendan Md Rafae Hassan, semalam, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Md Zukir Md Isa.


Che Man dinaikkan ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis dan ditukarkan ke Negeri Sembilan bagi menjawat jawatan Ketua Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Negeri. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

No comments:

Post a Comment