Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Letusan gunung berapi: 5 lagi mayat ditemui, angka kematian 36 orang

ANGGOTA penyelamat mengusung mangsa yang berjaya dibawa turun dari lokasi gunung berapi Ontake, semalam. - Foto AP
KISO: Lima lagi mangsa ditemui berdekatan gunung berapi di Jepun menjadikan angka kematian keseluruhan kepada 36 orang, kata polis.
Jurucakap Polis Wilayah Nagano berkata, selain itu, lapan lagi mayat diterbangkan dari Gunung Ontake sebelum kerja-kerja menyelamat di puncak gunung dihentikan pada kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan.
Naofumi Miyairi berkata, bersama-sama dengan empat mangsa yang dibawa turun semalam, 12 mayat sudah ditemui setakat ini manakala 24 lagi berada dekat dengan puncak. - AP

No comments:

Post a Comment