Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

Letupan gegar loji pelupusan kimia di Jerman

RABU, 10 SEPTEMBER 2014 @ 8:46 AM

 
RITTERHUDE, Jerman: Satu letupan menggegarkan sebuah pusat pelupusan kimia berhampiran Bremen di barat laut Jerman malam tadi.

Polis memberitahu agensi berita DPA, seorang mangsa terbakar teruk dalam kejadian itu malam tadi. Letupan itu turut mengakibatkan kerosakan di kawasan perumahan berdekatan.

Menurut polis dan anggota bomba, lelaki yang cedera itu dijumpai di dalam kesan runtuhan manakala beberapa penduduk tempatan juga mengalami kecederaan.

Kejadian pada 9 malam itu di Ritterhude dapat didengar sejauh beberapa kilometer dan mencetuskan kebakaran besar. - AP



Anggota bomba dan penyelamat berusaha untuk memadamkan kebakaran di pusat pelupusan kimia di Ritterhude, Jerman malam tadi. - Foto EPA


No comments:

Post a Comment