Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Lelaki tahan tebusan dengan bahan letupan menyerah diri

Polis berkata dalam kejadian itu, lelaki bersenjata terbabit memanggil seorang kakitangan hotel pada awal pagi dan kemudian menolaknya masuk ke sebuah bilik di tingkat 13 di Hotel Saint Peter di sini.
Lelaki itu kelihatan beberapa kali berdiri di anjung bilik hotelnya sambil menghayunkan pistolnya manakala tebusannya digari.
Pihak keselamatan mengambil langkah meminta semua pelanggan dan pekerja supaya keluar daripada hotel berkenaan dengan segera.
Unit pemusnah bom juga dipanggil selepas lelaki terbabit memaklumkan kepada pihak hotel bahawa dia menahan seorang tebusan.
"Dia sudah menyerah diri dan ditahan di balai polis Brasilia," kata jurucakap polis.
Pesuruhjaya Polis Paulo Henrique Almeida, berkata pihaknya masih menyiasat sama ada bahan letupan yang digunakan pada jaket berkenaan adalah bahan letupan betul.
"Kami ingin menyiasat kenapa lelaki terbabit tidak membuat sebarang tuntutan," katanya.
Tebusan itu tidak lagi memakai jaket berkenaan ketika penjenayah terbabit menyerah diri kepada polis pada tengah hari.
Menurut laporan media tempatan, lelaki terbabit dalam lingkungan umur 30-an adalah bekas calon dalam pilihan raya majlis tempatan.
Dia juga pernah dilaporkan mendesak agar undang-undang baharu dikuatkuasakan bagi menghalang calon dengan rekod jenayah daripada bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. - AFP

No comments:

Post a Comment