Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Lelaki maut rempuh tiang lampu


Oleh Ardyhansah Amat
Kota Kinabalu: Seorang lelaki tempatan maut selepas kenderaan Perodua Viva yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Kepayan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa Didi Ogoi, 34, maut di lokasi kejadian.
Manakala tiga lagi penumpang lelaki berusia antara 18 hingga 28 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Difahamkan mangsa dalam perjalanan dari Petagas ke arah pusat bandar, namun kenderaan yang dinaiki mereka tiba-tiba terbabas sendiri sebaik tiba di lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Superintendan M Chandra berkata, ekoran kemalangan itu pemandu dan penumpang hadapan tercampak keluar dari kenderaan.



Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/07

No comments:

Post a Comment