Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Lelaki ancam pancung wanita ditahan di Amerika

LOS ANGELES: Seorang lelaki ditahan atas tuduhan keganasan di Oklahoma kerana didakwa mengancam memancung kepala seorang wanita beberapa hari sebelum kejadian membabitkan seorang wanita lain di bandar berdekatan.
Jacob Muriithi, daripada keturunan Kenya, didakwa melakukan ancaman itu dan menyebut nama kumpulan Negara Islam (IS) kepada wanita yang bekerja di sebuah rumah jagaan di Bandaraya Oklahoma walaupun wanita terbabit menyangka ia satu gurauan.
Jurucakap polis Oklahoma Dexter Nelson berkata, berikutan kejadian di mana seorang wanita dipancung Jumaat lalu di Moore, pihak penyiasat menganggap ancaman itu sebagai sesuatu yang serius sebelum menahan Muriithi.
"Wanita itu tidak tahu apa maksud ISIS," katanya, merujuk kepada singkatan kumpulan IS.
"Kemudian apabila dibawa kepada pengetahuannya maksud IS, wanita itu mula berasa curiga sama ada ia benar-benar satu gurauan atau mungkin juga serius," katanya.
Kejadian di Moore itu di mana Alton Nolen, 30, didakwa memancung seorang rakan sekerja selepas dipecat oleh sebuah kilang pemerosesan makanan, tiada kaitan dengan ancaman yang dibuat oleh Muriithi.
Dalam ancaman yang dibuat pada 13 September itu, Muriithi didakwa berkata yang dia "mewakili ISIS".
Apabila ditanya oleh wanita itu apakah yang maksudnya itu beliau berkata: "Mereka bunuh Kristian dengan memancung kepala."
Wanita berkenaan bertanya lagi kenapa mereka melakukan demikian, Muriithi menjawab: "Itu yang kami lakukan."
Muriithi kemudian bertanya jam berapa wanita itu habis bekerja dan berkata dia akan menunggu sehingga wanita berkenaan habis kerja dan akan pancung kepalanya dengan pisau tumpul sebelum memuat naik ke Facebook.
Jurucakap polis berkata, Muriithi kini ditahan dengan jaminan AS$1 juta. - AFP

No comments:

Post a Comment