Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

Kilang kicap kotor

Keadaan kilang yang kotor, jijik serta meloyakan.
Keadaan kilang yang kotor, jijik serta meloyakan.
Pemeriksaan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut.
Pemeriksaan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut.
Tahi cicak dan serangga pada soya yang disimpan untuk menghasilkan kicap.
Tahi cicak dan serangga pada soya yang disimpan untuk menghasilkan kica
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHAMAD ZOKI
10 September 2014

 Notis tutup selama dua minggu dikeluarkan.
Notis tutup selama dua minggu dikeluarkan. Notis tutup selama dua minggu dikeluarkan.

GEORGETOWN - Pengotor. Itu saja perkataan paling sesuai menggambarkan peribadi pengusaha yang menghasilkan makanan tanpa pedulikan kebersihan seperti yang terbukti ketika pemeriksaan di sebuah kilang membuat kicap di negeri ini, semalam.

Wartawan Sinar Harian yang berpeluang mengikuti kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuat pemeriksaan, terkejut melihat tempat menyimpan soya di situ dipenuhi tahi cicak dan lipas.

Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Timur Laut Mohd Khusairi Hassan berkata kecuaian menjaga kebersihan, menyebabkan pihaknya mengarahkan premis berkenaan ditutup selama dua minggu untuk dibersihkan.

“Selepas memeriksa premis kilang berkenaan, kami dapati ruang menyimpan kacang soya, iaitu bahan mentah untuk membuat kicap, amat kotor. Begitu juga dengan ruang memproses kicap.

“Kami akan memantau kerja-kerja pembersihan ini bagi memastikan pemilik kilang patuh kepada arahan. Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan khidmat syarikat kawalan serangga untuk membasmi serangga yang banyak di sini.

"Kami hanya akan membenarkan kilang ini dibuka dan beroperasi semula apabila berpuas hati dengan langkah yang diambil," katanya kepada Sinar Harian.

Pemeriksaan yang dibuat secara bersepadu oleh dua agensi berkenaan juga mendapati lantai kilang itu berlendir seperti sudah lama tidak bercuci, manakala baunya begitu hanyir dan memualkan.

Bukan itu sahaja, malah kilang kicap ini juga dipercayai menggunakan botol yang dikitar semula untuk mengisi kicap baharu.

Mohd Khusairi berkata, tindakan tegas itu adalah bagi memberi peringatan kepada pemilik kilang untuk sentiasa mengutamakan kebersihan.

“Perlu diingat, kilang berkenaan memproses makanan. Kualiti makanan dan kebersihan harus dijaga bagi memastikan kicap yang dihasilkan tidak tercemar.

“Dalam menguruskan sesebuah kilang memproses makanan, kawasan memproses harus sentiasa bersih dan selamat serta tiada serangga atau haiwan di persekitaran,” katanya.

No comments:

Post a Comment