Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

Kedai kasut hampir hangus terbakar


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 September 2014
 Bahagian dalam kedai yang musnah terbakar.
Bahagian dalam kedai yang musnah terbakar. Bahagian dalam kedai yang musnah terbakar.

KULIM - Sebuah kedai satu tingkat yang menjalankan perniagaan menjual kain dan kasut di Taman Mutiara hangus dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam.

Pegawai Operasi Zon 3 Kedah, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Hi-Tech menerima panggilan kira-kira lima minit selepas itu.

Katanya, api berjaya dikawal kira-kira jam 6.20 pagi dan ia tidak melibatkan premis lain.

"Dari siasatan awal dijalankan, kita percaya kebakaran berpunca dari litar pintas, bagaimanapun punca sebenar masih dalam siasatan.

“Jumlah kerugian dialami mangsa juga tidak dapat dipastikan lagi kerana siasatan masih dijalankan," katanya.

Mohamad Akmal berkata, siasatan awal mendapati kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan 80 peratus dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

"Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya memastikan suis ditutup sebelum meninggalkan premis atau rumah.

"Selain itu pemeriksaan terhadap litar elektrik harus dilakukan selalu untuk memastikan masalah litar pintas tidak berlaku,” katanya.

Operasi memadam kebakaran juga melibatkan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Kulim bersama lima pegawai dan anggota selain enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Hi-Tech.

No comments:

Post a Comment