Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Ibu ditahan bunuh anak 5 tahun



PASUKAN polis forensik membawa bahan bukti yang dijumpai di lokasi penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 29 Sept. - Helah seorang ibu membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya hilang ketika bersiar-siar di Padang Kota dekat sini pada 24 September lalu terbongkar apabila dia akhirnya mengaku telah memukul kanak-kanak malang itu hingga mati.
Pengakuan wanita kejam berusia 30-an itu membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak tersebut yang dicampak di kawasan semak di ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Tongkang, Permatang Tinggi dekat Bukit Mertajam, pukul 12 tengah hari ini.
Ketika ditemui mayat mangsa lengkap berpakaian dan dibungkus dengan selimut serta terdapat beberapa kesan gigitan pada badannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, sejak mula pihaknya curiga dengan kenyataan suspek yang mengelirukan sewaktu dia membuat laporan kehilangan anaknya.
Beliau berkata, suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan.
"Semasa soal siasat, suspek mengaku telah memukul anaknya hingga mati di rumahnya di Kulim, Kedah pada pukul 4.30 petang, 20 September lalu. Panik dengan kejadian itu, suspek dengan pertolongan teman lelakinya bertindak membuang mayat mangsa di ladang kelapa sawit di Bukit Mertajam di sini.
"Hasil pemeriksaan ke kawasan ladang kelapa sawit itu akhirnya menemui mayat mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mazlan, polis turut menahan teman lelaki suspek yang berusia 24 tahun di Klang, Selangor bagi membantu siasatan.
"Kita masih menyiasat punca serta motif kejadian itu dan polis turut mengesan bapa mangsa yang difahamkan sedang dalam proses perceraian dengan suspek.
"Polis turut mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140930/je_04/Ibu-ditahan-bunuh-anak-5-tahun#ixzz3Ek5ZH7hA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment