Search This Blog

Saturday, September 6, 2014

Hujan ragut 89 nyawa


Hujan lebat yang melanda Pakistan selama dua hari berturut-turut meragut lebih 70 nyawa.

Dalam pada itu, pihak berkuasa melancarkan operasi memindahkan penduduk di kawasan rendah di sekitar sebuah sungai utama negara itu.

Semua kematian berlaku di wilayah padat penduduk di Punjab dan Kashmir yang ditadbir Pakistan dengan kebanyakannya berpunca daripada runtuhan rumah dan renjatan elektrik.

Pakistan mengalami banjir teruk sejak empat tahun lalu dengan 178 orang terbunuh tahun lalu dan kira-kira 1.5 juta penduduk di seluruh negara terjejas.

Pihak berkuasa pengurusan bencana (NDMA) memberi amaran mengenai kemungkinan banjir di tiga lagi bandar di sepanjang sungai Chenab di Punjab serta mengarahkan penduduk di kawasan rendah dan terdedah kepada bencana itu berpindah.



Tentera juga dikerah menghantar bantuan makanan di timur Punjab serta diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Lahore.

“Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan 108 lagi cedera di Punjab, 18 daripada mereka mati dan 53 cedera di Lahore,” kata Rizwan Nasser, pengarah perkhidmatan keselamatam di Punjab.

Dia mengingatkan kemungkinan angka kematian itu meningkat memandangkan laporan daripada kampung di kawasan pedalaman masih belum diterima.

Di wilayah Kashmir yang ditadbir negara itu, sekurangnya-kurangnya 31 orang terbunuh dengan sembilan cedera.

“Kebanyakan mereka mati akibat tanah runtuh, dihempap bangunan dan mati lemas,” kata jurucakap agensi pengurusan bencana tempatan, Akram Sohail.

Tiga anggota tentera juga mati dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pergunungan yang bersempadan dengan India.

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/06

No comments:

Post a Comment