Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Hajat gadis mahu bertunang tidak kesampaian


MELAKA - Hasrat seorang gadis yang ingin melangsungkan pertunangan Ahad ini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang dibonceng bersama teman lelakinya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh SPA-Krubong dekat sini kelmarin.
Mangsa, Nur Syazwani Salleh, 19, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah dilanggar tayar belakang lori manakala penunggang yang juga teman lelakinya, Muhammad Faiz Md. Isam, 19, cedera parah di kaki.
Kejadian pukul 4.15 petang itu berlaku apabila lori yang datang dari arah lampu isyarat Batu Berendam cuba membelok ke kiri menghala ke kawasan perindustrian Krubong dan bergesel dengan motosikal jenis Yamaha 125Z yang dinaiki mangsa.
Sumber polis memberitahu, semasa kejadian motosikal tersebut berada di laluan sama di sebelah kiri lori menyebabkan berlaku pergeselan.
"Kedua-dua mangsa terjatuh dan Nur Syazwani telah dilanggar tayar belakang lori tersebut sementara Muhammad Faiz cedera di kaki," kata sumber berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3EkE7JR76 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment