Search This Blog

Saturday, September 6, 2014

Graduan ‘jurusan’ dadah


Georgetown: Dengan hanya berpandukan buku formula perubatan sebagai rujukan, seorang graduan lelaki dari sebuah universiti di England sanggup menyalahgunakan kepintaran dimilikinya untuk menghasilkan pelbagai jenis dadah sintetik bernilai hampir dua juta ringgit.
Bagaimanapun, tindakan graduan dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) berusia 33 tahun itu berakhir apabila polis menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Jelutong dekat sini, yang dijadikan makmal memproses dan merampas pelbagai jenis dadah RM1.93 juta. 
Dalam serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri jam 3 pagi kelmarin, suspek ditahan bersama ibu mentuanya berusia 51 tahun yang berasal dari Vietnam. 

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, polis pada mulanya menahan lelaki terbabit di tepi jalan di kawasan Jelutong dan merampas dadah jenis syabu seberat 6.7 gram daripada suspek.
Foto
THAIVEEGAN menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.

Katanya, susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah pangsa di kawasan berhampiran dan menahan ibu mentua kepada lelaki itu.

“Dalam serbuan kedua, polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 121 gram dan lapan pil Ecstacy. Susulan penahanan kedua-dua suspek terbabit kemudian membawa kepada serbuan di sebuah banglo yang dijadikan makmal memproses dadah. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 
Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/06

No comments:

Post a Comment