Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Goncang tak sedar


Alor Gajah: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terperangkap hampir sejam dalam pacuan empat roda bapanya yang terkunci secara automatik di stesen minyak di Durian Tunggal, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, Akid Aisy Mohd Alamin ditinggalkan di dalam Toyota Hilux bapanya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa dihidupkan sebelum pintu terkunci menyebabkan anak sulung daripada dua beradik itu terperangkap. 
Kanak-kanak itu bagaimanapun diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang memecahkan cermin kenderaan selepas terperangkap hampir sejam. 

Bapa mangsa, Mohd Alamin Ramli, 28, berkata, dia bersama anak sulungnya itu dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Kuala Terengganu atas urusan perniagaan.
Foto
ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan mangsa.
Foto
MOHD Alamin mengeluarkan anaknya.

“Saya bersama anak sulung menaiki Toyota Hilux manakala isteri bersama anak bongsu menaiki kereta berasingan. Sebaik tiba di stesen minyak, saya memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengisi minyak Honda City dipandu isteri.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

No comments:

Post a Comment