PHNOM PENH 20 Sept. - Seorang pegawai tentera merupakan antara tiga lelaki warga Thailand yang ditahan di Kemboja atas kesalahan memiliki duit palsu berjumlah AS$7 juta (RM22.6 juta).
Akhbar The Cambodia Daily hari ini melaporkan, penahanan tiga individu terbabit dibuat berikutan siasatan yang dijalankan pihak berkuasa selama sebulan di barat laut wilayah Battambang, Kemboja.
Duit palsu berupa wang kertas AS$100 (RM310) tersebut dirampas selepas seorang anggota polis menyamar sebagai seorang pengurup wang dalam siasatan yang dijalankan itu.
Seorang suspek, Chamrat Vongsa, 51, merupakan pegawai tentera Thailand yang ditempatkan di sempadan antara dua negara terbabit. - DPA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140921/lu_07/Duit-palsu-Pegawai-tentera-Thai-ditahan#ixzz3Dtyw40w0
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment