Search This Blog

Sunday, September 14, 2014

Dua wanita maut, lapan cedera dalam kemalangan


KUALA KANGSAR 14 Sept. - Dua wanita maut manakala lapan lagi cedera selepas van yang dinaiki dirempuh sebuah kereta dari arah belakang di Kilometer 249.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.56 pagi itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, mayat kedua-dua wanita terbabit dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat manakala lapan yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140914/je_12/Dua-wanita-maut-lapan-cedera-dalam-kemalangan#ixzz3DG5OeyjT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment