Mangsa yang dibelasah orang ramai dibantu polis. |
Dua suspek berkenaan cedera dibelasah selepas tindakan mereka mengundang syak salah seorang pekerja stesen minyak di Bandar Springhill.
Seorang lagi mangsa cedera dibelasah orang ramai. |
“Suspek terbabit sempat mengisi minyak sebanyak RM20.
"Bagaimanapun salah seorang pekerja saya mengesyaki lelaki berkenaan adalah orang yang sama membuat jenayah samun ke atasnya ketika bertugas di stesen minyak ini,” katanya.
Menurut Seng Lee, dia hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan oleh anaknya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Suspek parah dibelasah orang ramai kemudiannya di bawa ke Hospital Port Dickson.
“Tidak lama kemudian, seorang lagi rakannya yang lari dan bersembunyi di sebuah rumah kedai di Bandar Springhill berjaya diberkas dan turut dibelasah setelah mengaku dia merupakan rakan kepada lelaki terbabit," katanya lagi.
Sinar Harian difahamkan, dua lagi suspek berjaya melarikan diri apabila menunggang motosikal menuju ke Seremban.
No comments:
Post a Comment