Search This Blog

Sunday, September 14, 2014

Dua nelayan dicekup cuba seludup rokok


KANGAR 13 Sept. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua nelayan dan merampas sebanyak 2,550 kotak rokok bernilai RM22,500 termasuk cukai di perairan Kuala Perlis di sini, semalam.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Maritim Zulkarnain Mohd. Omar memberitahu, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 56 tahun itu ditahan ketika bot peronda agensi tersebut melakukan rondaan di perairan berkenaan pada pukul 5.50 petang sebelum terserempak dengan sampan dinaiki mereka dalam keadaan mencurigakan.
Menurut beliau, sampan itu kemudian ditahan dan hasil pemeriksaan menemukan kotak-kotak rokok berkenaan yang ditutup dengan kanvas berwarna biru.
"Mereka (nelayan) gagal mengemukakan bukti atau dokumen sah termasuk cukai dan mengaku bahawa rokok itu cuba diseludup dari Pulau Langkawi ke negeri ini, Kedah dan Thailand," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Maritim Malaysia Kuala Perlis di sini, hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140914/je_10/Dua-nelayan-dicekup-cuba-seludup-rokok#ixzz3DG7g99b8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment