Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Dua maut kapal terbang ‘hantu’ terhempas di Jamaica


Washington: Sekurang-kurangnya dua orang maut apabila sebuah kapal terbang kecil terhempas di luar pantai Jamaica dalam insiden yang mendorong koordinasi bersama antara dua seteru - Amerika Syarikat dan Cuba - berlangsung.

Tujuh jam selepas pesawat udara itu berlepas dari timur laut AS dan terbang ke ruang udara Cuba di selatan dan melintasi Laut Caribbean, juruterbangnya gagal berkomunikasi dengan menara kawalan.

Laporan semalam mendakwa juruterbang terbabit tidak sedarkan diri.



Kerajaan Cuba kemudian membenarkan sebuah pesawat kargo C-130 dan dua jet F-15 AS terbang di ruang angkasanya bagi menyiasat kejadian berkenaan.

Kenyataan Cuba menyebut, ketika insiden itu berlangsung mereka berhubung dengan pihak berkuasa AS dan semua langkah sewajarnya diambil.


“Sebaik saja pesawat ringan itu dikesan radar Cuba, sistem kawalan termasuk mencari dan menyelamat ditingkatkan,” katanya.


Rangkaian NBC News pula melaporkan, juruterbang pesawat itu dilihat tidak sedarkan diri di kokpit.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS berkata, menara kawalan terputus hubungan pada jam 10 pagi (waktu tempatan).

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

No comments:

Post a Comment