Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

Dilempang kerana tak basuh pinggan


Kuala Lumpur: “Saya dilempang ibu tiri seawal minggu pertama perkahwinan ayah dengan wanita itu hanya kerana tidak membasuh pinggan selepas makan malam,” kata Ina, 19, mengimbau kenangan pahitnya didera ibu tiri sejak kanak-kanak.
Menurutnya, dia mendapat ‘ibu baru’ ketika usianya baru mencecah lapan tahun selepas ibu kandungnya bercerai dengan ayahnya, dua tahun sebelum itu. 
“Ketika kejadian itu ayah tiada di rumah kerana bekerja di Singapura. Saya dilempang berkali-kali dan dimaki hamun dengan perkataan kesat, selain dituduh menyusahkan hidupnya. 

“Saya juga diberi amaran supaya tidak mengadu kepada ayah atau diugut akan dipukul dengan lebih teruk. Sebab itu selepas membasuh pinggan, saya terus ke bilik tidur,” katanya.
Foto
PADA 2012 sejumlah 285 kes dera kanak-kanak dicatatkan meningkat 295 kes pada 2013.

Selepas kejadian itu, Ina mendakwa kerap dibelasah ibu tirinya yang ketika itu
berusia awal 20-an dan perkara itu berlarutan beberapa tahun, namun tidak diketahui bapanya kerana wanita itu ‘berlakon’ baik setiap kali bertemu jika bapanya pulang. 

Katanya, ibu tirinya kerap membebel kerana mendakwa diri terbeban dengan tanggungjawab mengelola rumah dan melepaskan marah dengan menjadikannya sebagai mangsa. 

“Saya dipukul menggunakan penyangkut baju dan kayu, menyebabkan luka di beberapa bahagian badan. Saya hanya mampu mendiamkan diri dan mengelak bertemu bapa kerana takut masalah ini terbongkar. 


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

No comments:

Post a Comment