LAHORE - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 24 jemaah maut manakala tujuh lagi parah selepas bumbung sebuah masjid runtuh di sini, menurut pihak berkuasa, semalam.

Menurut AFP, jurucakap pasukan penyelamat, Mohammed Rashid memberitahu, kejadian itu berlaku ketika puluhan jemaah sedang mengerjakan solat Zuhur di Daroghawala, sebuah kawasan kejiranan miskin di timur Pakistan.

"Kesemua mangsa maut berumur antara 15 dan 35 tahun. Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan kerana beberapa jemaah dipercayai masih terperangkap dan angka kematian dijangka meningkat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pentadbiran Daerah, Mohammed Usman memaklumkan, mereka ada melakukan kerja pengubahsuaian di bahagian luar masjid berkenaan.

"Keadaan masjid yang usang mungkin menjadi punca kejadian menggemparkan itu," jelasnya lagi.